Aktres yang sering dihimpit kontroversi,
Lana Nordin kini sudah menemui kekasih baru iaitu pelakon
baru, Mas Khan, namun Lana berkata mereka masih diperingkat mengenali
hati budi masing-masing.
"Saya dengan dia masih baru lagi dalam
kira-kira sebulan, tetapi kami kenal agak lama juga. Buat masa ini kami masih
lagi mengenali hati budi masing-masing.
"Saya tidak mahu bercakap tentang cinta
lebih-lebih kerana semuanya ketentuan Allah dan sebagai perempuan saya hanya
cuba berkawan dan mencari jodoh saya," katanya kepada mStar.
Menurut Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, dia tidak mahu kontroversi percintaanya sebelum ini dengan aktor Johan As'ari membataskan dirinya untuk terus mencari jodoh.
Menurut Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, dia tidak mahu kontroversi percintaanya sebelum ini dengan aktor Johan As'ari membataskan dirinya untuk terus mencari jodoh.
"Saya tetap mencuba dan berkawan dengan mana-mana lelaki serta cari yang sesuai dijadikan suami, kalau Tuhan takdirkan saya berkahwin usia 40 saya terima."
Dalam pada itu, Lana berkata, walaupun jarak usia mereka agak jauh, namun aktres berusia 34 tahun itu berkatan, Mas Khan seorang yang matang dan memahami.
"Dia muda lagi tapi dia seorang yang matang dan tidak suka ambil tahu tentang orang lain. Dia tidak kisah tentang kontroversi saya sebelum ini.
"Tetapi saya juga perlu berhati-hati sebab
dahulu pun begini juga, saya percaya kalau tidak baik untuk saya, Allah akan
tunjukkannya."
Lana dan Mas Khan mula rapat selepas mereka bergandingan dalam filem "Biasan".
Sumber : tupai.com.my
Lana dan Mas Khan mula rapat selepas mereka bergandingan dalam filem "Biasan".
Sumber : tupai.com.my
0 Response to "Gambar Kekasih Baru Lana Nordin"
Catat Ulasan