Gempak!! Rupa sebenar Perodua AXIA? Pengganti Perodua VIVA?




Akhirnya dapat juga foto model kompak terbaru Perodua yang diperoleh dari laman Facebook Myvi Club. Saya pun dapat info tersebut melalui rakan saya Azwan sebentar tadi. Sekali imbas memang tidak banyak perbezaan dengan saudara kembarnya Daihatsu Ayla (gambar di bawah). Gaya rekaannya seakan-akan model Myvi SE generasi pertama dengan corong udara di bahagian bumper hadapan yang lebih besar.

Mungkin juga ini merupakan versi SE@Extreme kerana ia dilengkapi dengan kit badan penuh dan rim yang nampak lebih sporty. Kebiasaannya Perodua akan membezakan varian model keluaran mereka dengan aksesori yang berbeza. Perodua juga telah memfailkan tandaniaga untuk nama Eliana dan Atrivia yang mungkin menjadi pilihan nama untuk model terbaru ini di MyIPO bulai Mei lalu. Apa pendapat anda mengenai model Perodua Axia/Eliana/Atrivia ni?



0 Response to "Gempak!! Rupa sebenar Perodua AXIA? Pengganti Perodua VIVA?"

Catat Ulasan