Hans Isaac Putus Cinta Dengan Neelofa


Pengarah dan pelakon kacak, Hans Isaac enggan memberi komen mahupun mengulas lanjut mengenai gosip putus cintanya dengan pelakon dan pengacara jelita, Neelofa


Hans Isaac Putus Cinta Dengan Neelofa, hiburan, info, terkini, gossip, kontroversi



Hans sebelum ini juga pernah memberikan kenyataan bahawa dia bakal menamat zaman bujangnya pada Disember ini namun sehingga ke hari ini si empunya diri tidak pernah mendedahkan siapakah wanita yang kini sedang bertakhta di hatinya.




Bercakap kepada Gua mengenai perkara tersebut, Hans mengatakan," secara jujur, saya tak boleh nak komen apa-apa. Saya rasa lebih baik jika saya tidak memberikan sebarang komen buat masa ini. Saya tengah fokus untuk diri saya dengan apa yang saya sedang lakukan sekarang. Ia bukan saja pasal kerja tetapi berkenaan hal-hal peribadi yang lain juga"



Hans Isaac Putus Cinta Dengan Neelofa, hiburan, info, terkini, gossip, kontroversi



"Saya selesa untuk berdiam diri dan tidak mahu komen apa-apa. Saya tidak mahu menipu kamu semua selain tak nak berbelit pasal isu ini. Jadi, saya rasa lebih baik saya simpan dan berlaku jujur kepada semua" katanya lagi.





Kita tunggu dan lihat sahaja sehingga hujung tahun ini, siapakah wanita bertuah yang telah dapat membuka hati untuk berkahwin setelah sekian lama hidup solo. 










Sumber : mynewshub.my



Oleh: AUDREY LEE



0 Response to "Hans Isaac Putus Cinta Dengan Neelofa"

Catat Ulasan