Johan As'ari dan Kaka Azraff dilaporkan bengang dan kecewa terhadap Zizan Razak selaku Pengarah Urusan Wireframe Entertainment Sdn Bhd (WFE) yang bertindak membekukan akaun syarikat berkenaan dan mengakibatkan mereka tidak menerima pendapatan sejak Mei lalu.
Menerusi laporan Harian Metro, Johan memberitahu dia berasa tertindas dengan tindakan Zizan itu kerana dia tidak dapat membantu ibunya melunaskan bil rawatan di hospital akibat tidak menerima pendapatan pada bulan lalu.
"Saya juga sedih kerana tidak dapat membelikan hadiah untuk bapa sempena Hari Bapa baru-baru ini," ujarnya lagi.
Selain itu, Johan yang baru sahaja berpindah ke kediaman baru tidak dapat membantu bapanya menampung perbelanjaan rumah tersebut disebabkan tindakan Zizan itu.
Johan & Kaka menghadapi masalah kewangan akibat tindakan Zizan.
Sementara itu, Kaka yang juga merupakan artis naungan WFE turut menerima nasib yang sama dan perkaran tersebut memberi kesan kepada kewangannya.
"Sepatutnya Zizan berbincang dengan kami termasuk pekerja syarikat sebelum membuat tindakan itu. Sekarang kami menjadi mangsa tindakan Zizan sendiri," jelasnya.
Kedua-dua mereka bercadang ingin membuat laporan polis dalam masa terdekat.

Namun, Cha Cha Maembong yang dihubungi enggan memberikan sebarang komen berhubung masalah ini.
Cha Cha Maembong enggan masuk campur dalam hal ini.
Cha Cha Maembong enggan masuk campur dalam hal ini.
"Setakat ini saya dengan syarikat termasuk Zizan tidak ada masalah. Saya cuma salah seorang artis WFE. Berhubung hal itu, saya tidak mahu campur," katanya.
Menurut sumber, Zizan membekukan akaun syarikat sebelum dia berlepas ke Jepun baru-baru ini tanpa mendapat persetujuan rakan kongsinya dan telah menyulitkan pengurusan syarikat untuk membayar pendapatan artis dan gaji pekerja.
Sumber : tupai.com.my
Sumber : tupai.com.my
0 Response to "Johan Dan Kaka Bengang dengan Zizan"
Catat Ulasan