Kenapa David Teo kecewa dengan kenyataan Uqasha


Penerbit yang juga merupakan bos besar Metrowealth International Group (MIG) kecewa dengan kenyataan artis bawah naungannya Uqasha Senrose yang keluar dari MIG sebaik sahaja tamat kontraknya.



info, terkini, hiburan, pelakon, David Teo kecewa dengan kenyataan Uqasha




Walaupun kecewa dengan kenyataan pelakon baru itu, David berkata dia boleh memberi peluang kedua.





 



"Kita bukannya halang dia untuk bercinta. Cuma dia masih baru, belum setahun pun bersama MIG dan kita pula mahu membentuk dia menjadi artis yang terkenal dan popular," kata David Teo kepada Media Hiburan.

"Biarpun kecewa dengan beberapa kenyataan yang dikeluarkan, saya masih berharap dia cepat sedar kerana rugi jika bakat yang ada dipersia-siakan begitu sahaja kerana buta dalam percintaan."



info, terkini, hiburan, pelakon, David Teo kecewa dengan kenyataan Uqasha



Tambah David lagi, pihaknya turut meminta Uqasha supaya memadam gambar berpegangan tangan itu tetapi jika ianya diendahkan atau masih berdegil, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon itu.




Terdahulu, Uqasha nekad mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontraknya kelak kerana dia dikatakan terikat dengan kontrak yang melarang dari menjalin sebarang hubungan cinta.

Sumber : tupai.com.my

0 Response to "Kenapa David Teo kecewa dengan kenyataan Uqasha"

Catat Ulasan