Mayat Wanita Ditemui Tanpa Pakaian


Seorang wanita yang berusia 22 tahun telah ditemui mati dalam keadaan bogel dalam sebuah bilik hotel bajet di Kelana Jaya malam semalam.



 Mayat Wanita Ditemui Tanpa Pakaian, terkini, info, berita,



Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Fadil Marsus menyatakan pihaknya ada menerima maklumat daripada orang awam pada kira-kira 4.30 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.


 


Mangsa dikatakan mendaftar masuk dengan teman lelakinya pada 4 petang hari Isnin sebelum lelaki terbabit menghilangkan diri tengah hari tadi.

“Hasil siasatan mendapati terdapat kesan lebam di leher mangsa dan dipercayai dicekik.

Namun, tiada sebarang senjata ditemui di bilik tersebut,” katanya.






Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan setakat ini motif pembunuhan bukan kerana samun.


Sumber : katakcomel.my

0 Response to "Mayat Wanita Ditemui Tanpa Pakaian"

Catat Ulasan