Otak Orang Hot FM Ni Kat Bontot Ke Apa?



Otak Orang Hot FM Ni Kat Bontot Ke Apa? Dah terlalu bodoh atau takda modal sangat sampai nak buat panggilan hangit kepada seorang wanita mengatakan suaminya terlanjur dan membuatkan seorang wanita lain hamil?



Otak Orang Hot FM Ni Kat Bontot Ke Apa?, terkini, panggilan hangit Hot Fm dikecam,



Itulah situasi yang dilalui oleh isteri pemain bolasepak Terengganu, Norfarhan Mohammad apabila menerima panggilan daripada seorang wanita misteri mendakwa dia dihamilkan oleh Norfarhan.



 



Semuanya sebahagian lawak bodoh yang dibawakan oleh Hot FM melalui slot Panggilan Hangit mereka.

Nasib baik la isteri Norfarhan yang dipanggil Kak Su begitu cool dan baik orangnya. Dia tenang dari mula panggilan hingga ke akhir.

Bayangkan kalau isteri yang jenis cepat pemarah, mahu dia hang up telefon dan terus serang suami dia yang langsung tidak bersalah.

Silap hari pasal marah mahu sampai melarat cerai berai … tak pasal-pasal sebuah masjid dirobohkan bahan lawak bodoh.

Sejujurnya benda ni bukan lawak tetapi sebenarnya fitnah tahap yang sangat rendah. Kalau pun la ada orang yang kenal isteri Norfarhan cadangkan untuk buat begitu, apakah orang di Hot FM tak boleh nak menolak dan fikir kesan lawak jenis tu?

Lawak camni ke… bebudak sekolah dengar istilah terlanjur… tak nak bertanggungjawab…

Bodoh ke apa penerbit atau orang yang sediakan plot untuk Panggilan Hangit?

Kalau penerbit berkenaan otaknya memang sejak lahir berfungsi dari bontotnya, mungkin kita boleh terima tahap pemikiran camni… tapi kalau otaknya memang ada di kepala… takkan tak boleh fikir sampai tahap mana sesuatu itu boleh dijadikan bahan lawak.



Kalau kita membaca entri menarik dari blog http://kezoom.blogspot.com, kita melihat bagaimana peminat Norfarhan dan sebahagian besar manusia yang masih waras memberikan komen masing-masing.



Umumnya, semua beranggapan ia satu panggilan yang kurang ajar dan melampau.



Peminat Anggap Panggilan Hangit HOT FM Kepada Isteri Norfarhan Melampau-2


Panggilan Hangit ini sepatutnya diharamkan oleh kementerian berkenaan ia kerap kali menjatuhkan air muka individu yang menerima panggilan.





Dalam kes kali ini, bukan setakat memalukan, tetapi mencerminkan tahap kebodohan yang tidak ada taranya.








Sumber : mynewshub.my

0 Response to "Otak Orang Hot FM Ni Kat Bontot Ke Apa?"

Catat Ulasan