Pembonceng Motosikal Maut


KOTA KINABALU: Seorang pembonceng maut dilanggar kenderaan pacuan empat roda selepas motosikal yang ditunggang bersama bapa saudaranya bertembung dengan kenderaan itu di KM 41 Jalan Tamparuli-Ranau.



Pembonceng Motosikal Maut, info, terkini, berita, nahas jalan raya, kemalangan



Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, Zubaidah Waidi, 26 mati ditempat kejadian akibat kecederaan teruk di dada manakala bapa saudaranya Abdul Hamid Roget, 36 cedera parah di bahagian kaki dan tangan kiri dan dirawat di Hospital Kota Belud.

 





Ketua Polis Daerah Kota Belud Suot Mohan Nadasen berkata akibat pertembungan itu, mangsa terperosok di bawah kenderaan pacuan empat roda.






Beliau meminta saksi kejadian supaya menghubungi Balai Polis Daerah Kota Belud di talian 088-976600 untuk membantu siasatan.


Sumber : sayangsabah.com

0 Response to "Pembonceng Motosikal Maut"

Catat Ulasan