Pil Lalok RM8 Juta Di Rampas


Helah licik dua lelaki menyembunyikan puluhan ribu pil Eramin 5 di dalam sebuah kereta ketika proses urus niaga jualan benda haram itu di kawasan sebuah restoran makanan segera di Seremban, Negeri Sembilan akhirnya terbongkar apabila mereka dicekup polis.



Pil Lalok RM8 Juta Di Rampas, info, terkini, beriota, jenayah edar pil ekstasi



Dalam serbuan jam 1.50 pagi Sabtu lalu, polis turut menemui ratusan pil Ekstasi dan ketamin dalam bonet belakang kenderaan terbabit.

 





Penahanan dua rakan kongsi berusia 29 hingga 34 tahun itu kemudian membawa kepada serbuan di sebuah rumah di sekitar Selangor dan merampas sejumlah 342,000 lagi pil jenis sama yang semuanya dianggarkan bernilai RM8 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, pada mulanya polis menahan tujuh lelaki dan seorang wanita berusia antara 20 dan 30-an disyaki pengedar kecil-kecilan sekitar Mac lalu.






“Bertindak atas maklumat awam dan risikan berterusan, JSJN Negeri Sembilan mengesan dua lelaki disyaki dalang sedang menjalankan urus niaga di sebuah restoran makanan segera dan segera menjalankan serbuan menyeluruh,” katanya.


http://katakcomel.my/pil-lalok-rm8-juta/

0 Response to "Pil Lalok RM8 Juta Di Rampas"

Catat Ulasan