Sebuah pusat penyiaran kedua telah diwujudkan di Cyberjaya untuk menambah baik mutu perkhidmatan siaran Astro termasuk ketika cuaca hujan, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata ia bertindak sebagai pusat sokongan kepada pusat penyiaran utama Astro di Bukit Jalil.
“Setiap kali berlaku kegagalan untuk menghantar (isyarat) siaran dari Bukit Jalil ke satelit (uplink), maka pusat penyiaran di Cyberjaya ini akan membantu menghantar isyarat ke satelit dan sebaliknya.
“Usaha ini telah dapat mengurangkan sebahagian daripada faktor gangguan hujan,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan hari ini.
Selain itu, Jailani berkata kerajaan juga telah meminta Astro melaksanakan penggunaan antena lebih besar untuk mengatasi masalah berkenaan.

Selain perkhidmatan Astro, beliau menarik perhatian bahawa kerajaan juga menyediakan pilihan kepada pengguna melalui dua jenis TV berbayar lain iaitu HyppTV dan ABNxcess.– BERNAMA
0 Response to "Pusat Penyiaran Kedua Baiki Mutu Astro Ketika Hujan"
Catat Ulasan