Puteri Nabilla masih berteka-teki


Ibu saudaranya merupakan pelakon terkenal era 80-an, sementara ayahnya pula seorang pengarah drama dan filem. Dia sendiri, dengan kelebihan wajah yang menarik serta ketinggian mencecah 169 sentimeter, boleh pada bila-bila masa untuk mengikut jejak yang sama terjun dalam dunia penuh glamor itu.








Puteri Nabilla masih berteka-teki, info, berita, hiburan, terkini,
Puteri Nabilla meminati sukan bermotor.



Begitupun, darah seni yang mengalir dalam diri Puteri Nabilla Mahuddin, 22, tidak mengehadkan untuk dia terlibat dalam bidang berbeza.




Dia kini merupakan penuntut semester akhir Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kewangan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor.



?Saya pernah menceburi bidang lakonan pada usia 17 tahun sebagai pelakon sambilan. Namun, selepas mendapat panggilan menyambung pelajaran, aktiviti tersebut saya tangguhkan dahulu kerana mahu memberi tumpuan kepada pelajaran.



?Alam universiti bukan sahaja membuatkan saya berpeluang menambah ilmu malah memberi ruang untuk berkecimpung dalam dunia lain iaitu peragaan.



?Bagi saya, ia satu pendedahan yang cukup berharga kerana seakan memberikan gambaran tentang dunia alam pekerjaan sebenar sebelum saya melangkah masuk ke realiti tersebut tidak lama lagi," ujarnya yang ditemui di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, pada sesi fotografi baru-baru ini.



Walau bapanya seorang pengarah, Puteri Nabilla mengakui, ketegasan bapanya dalam menentukan fokus kehidupan anak sulung dari tiga beradik itu, sukar dikompromi.



?Sebolehnya, papa mahu saya menamatkan pengajian di peringkat ijazah sebelum membawa saya ke dalam bidang seni. Sebenarnya papa saya merupakan seorang pengarah yang sangat low profile dan tidak mahu dikenali.



?Bagi papa, cukup sekadar dia selesai melaksanakan tugas dalam pengarahan dan terus pulang ke rumah," kata puteri kepada pengarah yang dalam industri seni hanya dikenali sebagai Jack Ad? Din.



Menurut Puteri Nabilla, antara drama arahan bapanya adalah Ku Akui, Cikgu Sally dan filem, Anaknya Sazali yang dibintangi oleh Ahmad Idham dan Allahyarham M. Rajoli.



Walaupun boleh melibatkan diri pada bila-bila masa sahaja dalam dunia lakonan, dia sendiri mengakui masih berteka-teki sama ada darah seni mengalir dalam dirinya ataupun tidak.



?Apa yang saya boleh katakan saya meminati bidang peragaan dan lakonan, malah pernah melibatkan diri dalam kedua-dua bidang tersebut, tetapi masih dalam peringkat permulaan.



?Jika ditakdirkan rezeki saya dalam bidang seni sama ada bidang peragaan ataupun bidang lakonan saya tidak akan menolak. Insya-Allah saya akan cuba lakukan yang terbaik," ujarnya.



Puteri Nabilla turut mengakui rapat dengan ibu saudaranya, Puteri Salbiah dan banyak berkongsi pengalaman dan nasihat dalam dunia lakonan.



?Sejujurnya, saya meminati lakonannya dan banyak meminta tunjuk ajar tentang bagaimana untuk menjiwai sesuatu watak dan sebagainya. Bercerita tentang pengalaman ibu saudara, memang akan membuatkan saya teruja untuk mengetahui lebih tentang dunia seni lakonan," ungkapnya penuh ikhlas.



Positif dengan cabaran hidup



Jika tidak menjadi insan seni, Puteri Nabilla mengakui, cenderung untuk menceburi bidang perniagaan.



Dia percaya bidang itu memerlukan jaringan rangkaian yang sangat kuat untuk berjaya.



?Salah satu bidang yang terlintas dalam fikiran saya untuk mendapatkan jaringan yang kukuh ialah dengan menceburi bidang lakonan dan peragaan dahulu. Malah bidang ini dapat membantu saya untuk menjadi usahawan yang berjaya suatu hari nanti," ujarnya.



Puteri Nabilla memilih perniagaan kerana mahu bekerja mengikut keselesaan sendiri tanpa perlu mengikut arahan orang lain.



Begitu pun dia tidak menafikan dunia perniagaan mempunyai cabaran dan risiko tersendiri yang menuntut kecekalan serta keberanian.



?Saya akan cuba yang terbaik dan berani untuk mengambil risiko tentang apa juga perniagaan yang akan saya jalankan suatu hari nanti



?Dalam kehidupan, saya banyak menasihatkan diri sendiri supaya tetap positif dengan apa jua cabaran dalam hidup. Bagi saya, setiap apa yang berlaku sebenarnya mengajar kita untuk terus kuat dan tabah menjalani kehidupan pada masa hadapan.



?Apabila kita selalu positif, insya-Allah perkara yang positif dan baik-baik sahaja akan hadir dalam kehidupan kita," katanya.



Walau apa juga pilihan yang dibuat, restu ibu bapa tetap menjadi keutamaan anak sulung daripada tiga beradik ini.



Setiap apa yang akan dilakukan mesti dibincangkan dan mendapat nasihat daripada orang tuanya.



?Mereka adalah rujukan terbaik, kerana bagi saya setiap kejayaan seorang anak itu adalah dengan adanya doa daripada ibu bapa mereka.



?Saya berharap untuk menjadi seorang yang berjaya dalam apa jua bidang yang saya ceburi dan akan cuba lakukan yang terbaik.

 

?Saya juga ingin berbakti kepada kedua ibu bapa dan membanggakan mereka dengan kejayaan saya. Jika suatu hari nanti saya memutuskan untuk menceburi bidang peragaan dan lakonan secara serius, saya berharap dapat melakukannya dengan baik," ujarnya.

Sumber : utusan.com.my

0 Response to "Puteri Nabilla masih berteka-teki"

Catat Ulasan