Rumah Mamat Khalid Di Rompak, Rugi RM100,000!


Pengarah terkenal Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohammad Mohd Khalid kerugian hampir RM100,000 apabila 3 orang lelaki telah memecah masuk ke rumahnya serta membawa lari kereta pacuan 4 roda miliknya.



Rumah Mamat Khalid Di Rompak, Rugi RM100,000!, hiburan, info, terkini, berita,




Isteri Mamat Khalid, Hasmah Hassan, 50, berkata dia menyedari rumahnya telah dipecah masuk kira-kira jam 6.30 pagi untuk menunaikan solat subuh.





“Berdasarkan rakaman CCTV, perompak telah mengumpil tingkap rumahnya dan turut membawa lari Mitsubishi Triton, kamera antik milik Mamat Khalid, iPad, PlayStation berserta wang tunai sebanyak RM500,” katanya kepada pemberita yang menemuinya di Lebuh Hillview, Taman Ipoh Jaya malam semalam.

Rumah Mamat Khalid Di Rompak, Rugi RM100,000!, hiburan, info, terkini, berita,



Tambah isterinya lagi, selepas perompak itu memecah masuk rumahnya, suspek juga telah membawa lari kunci pagar, kunci pintu utama rumah berserta dengan kunci kereta Mitsubishi Triton di dalam sebuah mangkuk berdekatan pintu berkenaan.



Rumah Mamat Khalid Di Rompak, Rugi RM100,000!, hiburan, info, terkini, berita,



Ketika kejadian Hasmah bersama dengan seorang anak lelakinya  Mohd Khalid Adam 19, dan anak perempuannya Nurhassanah 14 berada di rumah manakala suaminya berada di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim untuk kerja-kerja pengambaran.




Dia juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Rapat kira-kira jam 11 pagi dan turut membawa rakaman CCTV untuk membantu siasatan.


Sumber : murai.com.my

0 Response to "Rumah Mamat Khalid Di Rompak, Rugi RM100,000!"

Catat Ulasan