KUALA LUMPUR - Berpuluh-puluh tan beras
bertaburan di atas jalan apabila sebuah treler yang sarat dengan
muatan barangan tersebut hampir terbalik semasa melalui susur berselekoh
menuju ke Lebuh Raya Sprint berhampiran Plaza Tol Jalan Duta di
sini semalam.
![]() |
Beras bertaburan selepas jatuh dari treler yang senget ketika melalui susur berselekoh menuju ke Lebuh Raya Sprint berhampiran Plaza Tol Jalan Duta di Kuala Lumpur semalam. |
Akibat kejadian tersebut susur menuju ke Lebuh
Raya Sprint ditutup selama kira-kira dua jam bagi tujuan membersihkan beras yang
bertaburan.
Seorang saksi yang enggan dikenali berkata,
kejadian tersebut berlaku pada pukul 10.30 pagi dan menyebabkan jalan tersebut
ditutup.
"Treler membawa 40 guni beras senget semasa melalui jalan berselekoh menuju ke Lebuh Raya Sprint dan menyebabkan sebahagian beras dalam treler tersebut terjatuh di atas jalan dengan sebahagian guninya pecah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Difahamkan, treler tersebut membawa beras itu
dari Alor Star, Kedah dan dalam perjalanan menuju ke sebuah kilang pembungkusan
beras di Cheras.
Satu guni berisi satu tan beras dan nilai keseluruhan beras tersebut mencecah puluhan ribu ringgit.
Sumber - Kosmo
Satu guni berisi satu tan beras dan nilai keseluruhan beras tersebut mencecah puluhan ribu ringgit.
Sumber - Kosmo
0 Response to "Treler senget, berpuluh tan beras bertaburan di jalan raya"
Catat Ulasan