Wanita parah ditetak dalam rumah


Hanya kerana terlupa mengunci pintu belakang rumahnya, seorang wanita berusia 56 tahun cedera parah selepas ditetak beberapa kali oleh seorang penyamun di kediamannya di Tabuan Desa, Kuching, hari ini.



Wanita parah ditetak dalam rumah, berita, terkini, info, semasa, jenayah, samun



Dalam kejadian yang berlaku pada jam 11 pagi itu, suspek masuk melalui pintu tersebut sebelum menyerang mangsa dan melarikan dua komputer riba serta dua telefon pintar.

 




Mangsa, Ting Swee Heong, sempat merayu kepada suspek agar tidak mencederakan cucunya sebelum ditetak lagi sebanyak dua kali.



Wanita parah ditetak dalam rumah, berita, terkini, info, semasa, jenayah, samun



Kejadian disedari oleh anak mangsa yang terjaga daripada tidur di tingkat atas dan menemui ibunya dalam keadaan berlumuran darah.





Suspek dipercayai melarikan diri dengan bantuan rakannya yang menunggu di atas motosikal di luar rumah.


sumber: Mynewshub.

0 Response to "Wanita parah ditetak dalam rumah"

Catat Ulasan