2 GAMBAR NGERI KUCING DIPANAH TEPAT MENEMBUSI KEPALA



Entah apa dosa si comel ini kepada si pelaku sehingga dia tergamak memanah tepat di kepala kucing ini. Namun, bak kata orang kucing ini mempunyai 9 nyawa masih lagi hidup tetapi terpaksa menanggung kesakitan yang tidak dapat dibayangi oleh akal manusia.

Sewajarnya Robin Hood wannabe ini ditangkap dan dibalas balik perbuatannya yang tidak berperikemanusiaan itu. Tetapi negara ini mempunyai undang-undang yang masih lagi bersimpati dengan nyawa si pelaku. Jika kucing ini mempunyai akal seperti manusia, sudah pasti si pelaku teruk dikerjakannya.



Lokasi dan motif kejadian tidak dapat dikenalpasti. Menurut sumber, ini adalah gambar kejadian pada tahun 2009.

Teringat pada kejadian yang sama yang berlaku pada seekor anjing dalam tahun ini juga. Hanya kerana takut, seekor anjing buta dipanah tanpa sebarang belas kasihan. Paling sadis, si pelakunya itu pula beragama islam. Wajarkah bertindak zalim seperti itu?

Jika tidak suka, takut atau rimas sekali pun dengan haiwan ciptaanNya, usahlah disakiti dan dizalimi.

Related Posts :

0 Response to "2 GAMBAR NGERI KUCING DIPANAH TEPAT MENEMBUSI KEPALA"

Catat Ulasan