6 PESERTA SUKAN BOGEL DIHUKUM SEBULAN PENJARA, DENDA RM5,000 SAHAJA



GEORGETOWN: Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini menjatuhkan hukuman sebulan penjara & denda sebanyak RM5,000 terhadap 6 peserta Pesta Sukan B0gel Pulau Pinang di Teluk Kampi.

Hukuman itu ditetapkan oleh Majistret Muhammad Najib Ismail setelah 6 dari 10 individu terbabit mengaku bersalah dalam sesi pendakwaan hari ini.

Kesemua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) & boleh dihukum di bawah Seksyen 294 akta sama.

Sebelum itu, 4 tertuduh mengaku tidak bersalah dan mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 16 Oktober.

6 peserta yang mengaku bersalah ialah Loh Kok Hong, Mu Wai Peng, Justin Ang Ji Heng, Yam Kam Hoong, Liord Loo Joo Hong dan R Nandakumar.

4 yang lain tidak mengaku bersalah ialah Chew Tok Hwa, Chan Chia Weng, Teh Guan Hoon dan Kong Meng Leong.

Pendakwaan dikendalikan oleh Datuk Razali Che Ani dan Edward Chan. - Berita Harian 

0 Response to "6 PESERTA SUKAN BOGEL DIHUKUM SEBULAN PENJARA, DENDA RM5,000 SAHAJA"

Catat Ulasan