Sindiket Pertukaran Guru kembali lagi. Wujud satu sindiket dalaman Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang mengenakan bayaran kepada guru-guru yang terdesak untuk tinggal sebumbung dengan pasangan masing-masing.
Menurut Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM), caj bayaran yang dikenakan untuk pertukaran adalah:
RM1,000 bagi pertukaran antara daerah
RM5,000 bagi pertukaran antara negeri
Pihak SGMM mendedahkan mereka mula mendapat beberapa aduan berkaitan dengan kes sindiket dalaman KPM ini selepas mendedahkan salah satu aduan mangsa sindiket ini.
SGMM memohon mana-mana guru yang menjadi mangsa kepada individu yang tidak bertanggungjawab ini tampil bagi mendedahkan lagi kepincangan rasuah dalam KPM.
Dengan kewujudan sindiket ini, ada sesetengah guru berpendapat, tidak hairanlah guru-guru yang telah berkahwin ditempatkan ke tempat-tempat yang jauh semata-mata untuk menguntungkan kantung individu bernama Anuar Ahmad.
Terdahulu, September 2013 lalu, KPM juga digemparkan dengan isu yang sama. Bagaimanapun dalam respon segera, KPM menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan tersebut. SUMBER
0 Response to "ANTARA DAERAH RM1K, ANTARA NEGERI RM5K, SINDIKET PERTUKARAN GURU DIBONGKAR !"
Catat Ulasan