SERI MANJUNG – Kegembiraan pasangan pegawai
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menimang cahaya mata keempat di Hospital
Manjung di sini kelmarin bertahan tujuh jam sebelum bayi lelaki tersebut
kemudian melecur di badan terkena air panas didakwa angkara kecuaian jururawat
di hospital itu.
Bayi malang yang dilahirkan pada pukul 12.20 tengah malam itu melecur ketika seorang jururawat berusia lingkungan 40-an memandikan bayi itu pada pukul 7 pagi.
Bapa bayi itu, Pegawai Waran 1, TLDM Lumut, Abdul Malek Jumat, 42, berkata, bayi yang belum diberi nama dengan berat badan 3.31 kilogram dilahirkan secara normal selepas isterinya, Sarjan Jamaliah Mohd. Diah, 39, dimasukkan ke hospital tersebut pada pukul 8 pagi kelmarin. -Kosmo Online

0 Response to "BAYI MELECUR KETIKA DIMANDIKAN OLEH JURURAWAT"
Catat Ulasan