Surat pekeliling yang dikeluarkan pihak Sekolah Kebangsaan Jalan Empat Bandar Baru Bangi bagi melarang ibubapa/penjaga masuk ke kawasan sekolah semasa menghantar dan mengambil anak berikutan berlakunya kes cubaan r0gol terhadap murid tahun 3 di sekolah tersebut pada Jumaat lepas.
LARANGAN IBUBAPA/PENJAGA MEMASUKI KE KAWASAN SEKOLAH UNTUK MENGAMBIL DAN MENGHANTAR ANAK
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Pihak sekolah telah mendapat amaran dan perintah dari pihak polis tidak membenarkan ibubapa/penjaga masuk ke kawasan sekolah untuk menghantar atau mengambil anak semasa mula persekolahan dan waktu balik.
3. Untuk pengetahuan tuan/puan pada 8 Ogos 2014 (Jumaat) jam 6.00 petang, hampir berlaku kes r0gol. Seorang bapa berseluar pendek dan baju sukan telah menahan seorang pelajar perempuan tahun 3 dan memeluk pelajar tersebut tetapi pelajar tersebut telah menjerit dan bapa tersebut telah lari.
4. Demi keselamatan semua anak-anak kita, pihak sekolah melarang ibubapa/penjaga masuk ke kawasan sekolah, hanya tunggu di luar pagar sekolah. Arahan ini berkuatkuasa mulai 11 Ogos 2014 (Isnin)
Sekian, terima kasih.
Guru Besar,
SK Jalan Empat,
Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
0 Response to "CUBAAN MEROGOL MURID TAHUN 3 DI SK JALAN EMPAT BANDAR BARU BANGI"
Catat Ulasan