Temasek: Rabu lalu, masyarakat Singapura digemparkan dengan gambar seorang pendatang asing warga China dengan selambanya berak di tempat awam menjadi viral di media sosial.
Kebanyakan rakyat Singapura marah dengan insiden yang memalukan itu dan menyifatkan mereka sudah muak dengan perangai jijik pendatang asing China yang dilihat gemar berkelakuan tidak beradab dan mencemarkan ‘keindahan’ negara yang boleh dipusing habis dalam masa setengah hari itu.
Susulan dari insiden yang menjijikkan itu, Kerajaan Singapura mengumumkan hukuman baru yang berkuatkuasa mulai semalam iaitu:
- Denda $1000 (RM2,537) jika ditangkap kencing di khalayak ramai.
- Penjara 12 bulan atau lebih dan 6 sebatan bagi kesalahan kali kedua.
- Pesalah akan dihantar menjalani Corrective Training di mana mereka dikehendaki mencuci tandas awam di tempat paling sibuk di Singapura selama sebulan. Jika tidak memuaskan, tempoh mencuci tandas akan dilanjutkan.
- Orang ramai digalakan merakam pesalah yang membuang air di tempat awam dan bakal menerima baucar bernilai $100 sebagai ganjaran.
0 Response to "DENDA RM2,537 JIKA BERAK DI KHALAYAK RAMAI"
Catat Ulasan