Georgetown: Gara-gara gagal menyiapkan kerja sekolah, seorang guru wanita menampar anak muridnya sehingga meninggalkan kesan di pipi kanan.
Kejadian yang berlaku di sebuah sekolah di Tanjong Tokong itu semalam disedari ibu pelajar terbabit ketika mengambilnya pulang dari sekolah dengan keadaan pipi berbekas. Bapa pelajar terbabit, Jahurin Abdul Karim, 31, mengesyaki guru wanita berkenaan sengaja mengasari anaknya.
Setelah puas disoal siasat, mangsa akhirnya mendedahkan bahawa dia telah ditampar oleh guru. Ekoran dari kejadian itu, ibu bapa mangsa membuat laporan polis.
Bagaimanapun, bapa mangsa telah mengadakan pertemuan dengan guru wanita yang mengajar subjek Bahasa Inggeris di sekolah anaknya di Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut pada pagi tadi untuk penjelasan lanjut. - Harian Metro
0 Response to "GAGAL SIAPKAN KERJA SEKOLAH, PELAJAR DITAMPAR GURU WANITA"
Catat Ulasan