"AYAM GELOMBANG ALQURAN", JUAL AGAMA DEMI KUNTUNGAN



Tersebar meluas di laman sosial foto iklan menjual ayam, Ayam Ustaz yang dibela dalam gelombang Al-Quran.

Jika dilihat pada diskripsi iklan, tiada apa yang cacat celanya. Makanan yang diberikan pada ayam tidak mengandungi unsur-unsur haram, pisau dibersihkan setiap kali sembelihan, air proses ayam sentiasa dibersihkan dan rendah lemak.

Sekali baca sudah pasti membuatkan orang ramai yakin dengan caption seperti itu. Namun, apa yang menjadi persoalan ramai ialah, mengapa pihak berkenaan menggunakan agama untuk melariskan produknya?

"Al Quran diturunkan untuk menjadi pendoman untuk sekalian manusia, bukan untuk sekali ayam dan agama bukan untuk dijual demi kepentingan wang" ujar seorang forumer Kasturi.

Menurut seorang lagi forumer, perkara ini adalah normal dan pernah masuk dalam media seperti majalah ataupun suratkhabar. Kebiasaannya, ia dipraktikan pada ayam organik. Kesannya pula, ayam yang dibela itu tadi akan menjadi kurang stress dan lebih sihat dengan izin Allah semata-mata kerana tidak terkejut dengan bunyi-bunyi laluan kereta, binaan rumah dan sebagainya. Bukanlah seperti dakwaan pada caption gambar kononnya makan ayam ustaz ini boleh hafal Al Quran.



Bagi mereka yang berkecimpung dalam bidang ternakan ayam, mungkin boleh tampil memberikan pandangan mengenai perkara ini dan bincangkan secara ilmiah dengan akal yang cerdik. - My Media Hub 

Related Posts :

0 Response to ""AYAM GELOMBANG ALQURAN", JUAL AGAMA DEMI KUNTUNGAN"

Catat Ulasan