GURU TADIKA IKAT TANGAN DAN TUTUP MULUT KANAK-KANAK DIDAKWA




GEORGE TOWN – Seorang guru di sebuah Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika) swasta di sini didakwa bertindak kejam apabila sanggup mengikat tangan dan menutup mulut seorang kanak-kanak berusia tiga tahun semata-mata mahu memaksanya tidur.

Ibu kepada kanak-kanak berkenaan, Moey Sook Peng, 36, berkata, dia mendaftar anak lelakinya yang berusia tiga tahun enam bulan di pusat berkenaan sejak November tahun lalu.



Bagaimanapun, dakwanya, pada April lalu, anaknya itu ada mengadu tangannya diikat menggunakan sarung bantal peluk oleh guru wanita itu kerana dia enggan tidur pada waktu petang, lapor Kosmo.

0 Response to "GURU TADIKA IKAT TANGAN DAN TUTUP MULUT KANAK-KANAK DIDAKWA"

Catat Ulasan