Seorang kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia mencetuskan kemarahan rakyat Sabah dengan menulis comment yang dianggap sebagai menghina negeri tersebut di laman Facebook.
Berikut comment guru tersebut:
"Kalau Jabatan Pendidikan Sabah tidak terima guru dari semenanjung... Hermmmm, lu fikirlah sendiri apa akan jadi dengan pendidikan Negeri Sabah. Lainlah kalau rakyatnya bijak pandai semua dan layak jadi guru."
Berdasarkan surat bantahan rasmi Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS), Ustazah Nor Mastura dikatakan memandang rendah dan memperlekehkan kemampuan dan kebolehan rakyat dan orang Sabah.
Sebagai seorang guru yang memegang tinggi intergeriti dan profesion keguruan, komen ini adalah keterlaluan dan boleh menjejaskan hubungan perpaduan dan intergrasi nasional di antara guru-guru asal Sabah dengan guru-guru dari Semenanjung/Sarawak.
KGKS juga meminta Ustazah Nor Mastura memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 7 hari dari tarik 19 Ogos serta menarik balik comment tersebut dari laman sosial secepat yang mungkin. - My Media Hub
0 Response to "GURU TAPI MACAM BUKAN GURU, BUAT KENYATAAN BODOH HINA RAKYAT SABAH !"
Catat Ulasan