Ampang – Seorang lelaki ditemui mati tertiarap di dalam longkang dengan kesan kecederaan di kepala di Pangsapuri Seri Nilam berhampiran Masjid Bandar Baru Ampang, kira-kira jam 9 pagi tadi.
Seorang saksi yang dikenali sebagai Shamsul, 26, berkata, dia sedang duduk menunggu rakannya di tepi jalan berkenaan sebelum diberitahu seorang pengutip tin aluminium terdapat satu mayat di dalam longkang.
Katanya, terkejut dengan dakwaan lelaki berkenaan, dia terus pergi ke longkang terbabit sebelum menemui mayat lelaki dalam keadaan tertiarap.
“Sejurus melihat mayat berkenaan, saya terus menghubungi polis di talian 999 untuk mendapatkan bantuan.
“Mayat lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan kepalanya masih berdarah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, pagi tadi, lapor Hmetro.

0 Response to "MATI TERTIARAP DALAM LONGKANG"
Catat Ulasan