SEPANG - Pesawat yang membawa kumpulan kedua jenazah mangsa tragedi MH17 selamat mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 8.28 pagi Ahad.
Pesawat penerbangan MH19 tersebut membawa jenazah Penyelia Penerbangan kabin Mohd Ghafar Abu Bakar dan penumpang Ng Shi Ing.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai turut dilihat hadir di Kompleks BUnga Raya bagi memberi penghormatan kepada jenazah.
Sebaik sahaja tiba, kedua-dua keranda diangkat masuk ke dalam van jenazah oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Detik bertafakur selama seminit diadakan kira-kira pukul 8.41 pagi.
Selesai bertafakur, dua van jenazah bergerak meninggalkan Kompleks Bunga Raya menuju ke tempat pengebumian yang ditetapkan keluarga masing-masing. Jenazah Mohd Ghafar akan disemadikan di sebelah pusara anak lelakinya di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas, Ampang, lapor mStar.
0 Response to "MH17: 3 LAGI JENAZAH TIBA DI TANAH AIR"
Catat Ulasan