LAPORAN TERBARU : Menurut laporan Portal Berita Harian hari ini Konstabel Zakiah Aleip ada berkomunikasi dengan pihak Polis dan menyatakan dia kini Sihat dan Selamat.
Ikuti laporan yang dipetik dari Artikel Berita Harian :
Konstabel Zakiah Aleip setakat ini sudah membuat sebanyak 42 panggilan telefon kepada keluarganya sejak dia diculik sekumpulan lelaki bersenjata di Pulau Mabul, Semporna, pada 12 Julai lalu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abd Rahman, berkata mangsa turut berkomunikasi dengan pihak polis dan mengatakan dia kini sihat dan selamat.
"Bagaimanapun, beliau (Zakiah) tidak memberitahu di mana lokasi sebenar dia berada kerana kumpulan penculik terbabit sering berpindah kawasan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa Filipina.
"Rundingan kini masih berjalan kerana apa yang diminta (tebusan) oleh kumpulan terbabit terlalu tinggi, namun apa yang penting Zakiah kini berada dalam keadaan selamat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, sebentar tadi. -BHARIAN
Sama-sama kita mendoakan Keselamatan Anak Sabah ini. Kepada isteri dan keluarga semoga anda akan tabah menghadapi ujian dari-NYA

0 Response to "UPDATE KES PENCULIKAN DI SABAH: 42 PANGGILAN TELEFON DIREKOD"
Catat Ulasan