Bekas 'mat despatch' kini bergelar pelakon & penyanyi

Mungkin ada di antara daripada peminat lagu-lagu berkonsepkan pop balada pernah mendengari lagu "Mimpi DiPatuk Ular" yang dinyanyikan oleh kumpulan S'Five sekitar tahun 2002 yang lalu apabila mereka muncul dengan album sulung bertajuk "Merterai Janji".


Bekas 'mat despatch' kini bergelar pelakon & penyanyi, info, terkini, hiburan, Qasri, Kassari Harlili


Kini vokalis utama kumpulan yang kini tinggal kenangan mengorak langkah secara solo mengejar impian dan cita-citanya untuk bergelar seorang penyanyi.

Qasri atau nama sebenarnya Kassri Harlili beusia 29 tahun ini, kini tampil dengan single terbarunya berjudul "Citarasa Perempuan" ciptaan komposer terkenal Edry Abdul Halim.
"Single terbaru ini merupakan lagu tema filem "Mat Tudung" yang telah ditayangkan di pawagam sebelum ini, pada ketika itu pihak produksi sedang mencari penyanyi yang sesuai untuk nyanyikan lagu tersebut.

"Apabila ditawarkan kepada saya, saya ingat mereka hanya main-main, tetapi apabila mereka yakinkan saya, barulah saya percaya," ujarnya ketika sesi temubual esklusif di pejabat Tupai (Cinema Online) baru-baru ini.

Bekas 'mat despatch' kini bergelar pelakon & penyanyi, info, terkini, hiburan, Qasri, Kassari Harlili
Qasri pernah memiliki sebuah album rakaman walaupun hanya berusia 17 tahun ketika itu.

Jejaka yang berasal dari Ampang ini bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, malahan dirinya turut menceburi bidang lakonan bermula pada tahun 2012 menerusi filem sulungnya "Chikaro", "Hantu Tok Mudim" (2013) dan terbaru "Mat Tudung" di samping aktor hebat Fizz Fairuz dan Izzue Islam.

"Pada mulanya agak kekok berganding bersama bintang-bintang filem yang besar, saya ini biasa sahaja tak pernah menang trofi pun, mereka dah banyak menang tetapi setelah diberi tunjuk ajar saya mula dapat rentak dan senang untuk melontarkan dialog yang diberikan,"katanya yang kini bekerja sebagai pembantu produksi KRU.

Siapa sangka bekas 'mat despacth' yang pernah bekerja di KRU ini mampu mengejar cita-citanya dengan bermula dari bawah, tidak seperti sesetengah individu yang lebih gemar popular menerusi kontroversi yang melanda diri mereka.

Kami doakan semoga Qasri berjaya di dalam kerjaya seninya, baik dalam bidang lakonan mahupun nyanyian.

Sumber : tupai.com.my

0 Response to "Bekas 'mat despatch' kini bergelar pelakon & penyanyi"

Catat Ulasan