Adelene Leong Maut Terpelanting Dari Permainan AirMaxx 360 di Adelaide,
Australia.
IDENTITI kanak-kanak Malaysia yang maut selepas terpelanting
daripada permainan berputar di Royal Adelaide Show, Australia, Jumaat lalu telah
dikenalpasti sebagai Adelene Leong.
Polis Australia Selatan menyiarkan gambar Adelene yang berusia 8 tahun yang
dipilih oleh ibunya di laman Facebook dan meminta orang awam yang mempunyai
maklumat berkaitan dengan permainan itu tampil untuk membantu siasatan.
“Kami juga berharap untuk mendapatkan maklumat daripada mereka yang berada di
kawasan kejadian ketika berlaku insiden tragis ini atau sesiapa yang mengalami
apa-apa perkara luar biasa sewaktu menaiki permainan itu,” katanya.
Polis juga mendapati permainan itu mempunyai syarat had minimum yang
diperlukan iaitu 120cm di mana Adelene melepasi had ketinggian itu.
“Permainan itu telah disita oleh Agensi Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
Australia Selatan (SafeWork SA) dan ia kekal dalam keadaan sedia ada buat ketika
ini.
“Polis juga masih meneruskan penyiasatan dengan kerjasama SafeWork SA untuk
menyiasat penuh punca kejadian tragis itu dan sedang menyediakan laporan untuk
pihak koroner”.
Adelene, dilaporkan melawat Australia bersama keluarganya, tercampak dari
permainan AirMaxx 360 yang mempunyai ukuran 15 meter panjang dan 18 meter lebar
dan mampu membawa 24 orang pada satu-satu masa.
Polis memberitahu mangsa kemudian dirawat oleh paramedik dan dibawa ke
Hospital Adelaide tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian.
Royal Adelaide Show menarik kira-kira setengah juta pengunjung setiap tahun
dan ia merupakan acara tahunan terbesar di Australia Selatan. Ia menyediakan
pelbagai permainan hiburan dan juga pertunjukan haiwan.
Sehingga kini, pihak polis telah menemubual kira-kira 30 hingga 40 orang
saksi ekoran kejadian itu.
Seorang saksi melaporkan melihat gadis itu terpelanting dari tempat duduk dan
‘mendarat sangat jauh’. Malinda Dunwoodie, 17, memberitahu The
Advertiser abah-abah keselamatan gadis itu telah dipasangkn tetapi
mangsa kelihatan seolah-olah tergelincir dari tempat duduknya.
“Dia tergantung dengan kaki di luar tempat duduk dan cuba untuk menahan
dirinya. Kemudian dia melayang kira-kira 10-15 meter di udara.
“Saya menggeletar sangat teruk ketika itu. Dia kelihatan seperti anak patung
terbang melalui udara. Sungguh mengejutkan! Seperti sebuah filem seram,”
katanya.
Klik jika anda ingin lihat bagaimanakah permaianan Airmaxx 360. (Ini bukan
rakaman pada hari kejadian)
0 Response to "Gambar Kanak-Kanak Dari M’sia Yang Maut Terpelanting Di Australia"
Catat Ulasan