LONDON 30 Ogos - Bahana aplikasi permainan smartphone, seorang ibu terkejut apabila menerima bil telefon berjumlah 7,000 pound (RM36,666) ekoran anaknya yang berusia 12 tahun bermain permainan video online Clash of Clans.
Anak lelaki Theresa Cox, James tidak mengetahui yang permainan video itu mengenakan caj harian 240 pound (RM1,257.14).
Ibunya tidak mampu membayar bil tersebut sehingga terpaksa menjual keretanya bagi membayar hutang berkenaan.
"Saya mungkin terpaksa menjual kereta saya untuk melunaskan bil ini namun saya memerlukan kereta itu untuk bekerja.
"Saya tidak sangka kejadian ini boleh berlaku. Anak saya membeli dua aplikasi permainan video Clash of Clans pada harga 5.98 pound (RM 31.32) dan syarikat telekomunikasi pula mengenakan caj pada kadar 240 pound (RM1257.14) sehari bagi membolehkan dia terus bermain permainan itu," jelas Cox.
Walau bagaimanapun, Theresa Cox tidak menyalahkan anaknya di atas kejadian itu kerana baginya, James nampak bersemangat apabila bermain permainan video itu di smartphonenya. - Mail Online / Utusan Malaysia
0 Response to "IBU TERKEJUT TERIMA BIL RM36,666 GARA-GARA GAME CLASH OF CLANS"
Catat Ulasan