Jep Sepahtu Bercinta Dengan Pelakon Jelita?

Hah susah betul nak dengar pasal cerita cinta pelawak Jep Sepahtu ni kan? Sebelum ini memang ada pernah dengar cerita yang katanya Jep sudah punya kekasih tetapi masih berahsia apabila ditanya media.

Jep Sepahtu Bercinta Dengan Pelakon Jelita?, info, terkini, hiburan, gosip, pelawak, Jep Sepahtu


Dek kerana tidak tahu kesahihannya jadi sebelum ini tidak lah percaya sangat dengan cerita-cerita yang disebarkan itu sehinggalah dapat lihat dengan mata kepala sendiri baru-baru ini ketika berkunjung ke sebuah medan selera.

Ceritanya begini ketika itu sedang makan bersama rakan-rakan tiba-tiba seorang rakan bertanya kepada adakah benar dia ternampak Jep Sepahtu yang baru tiba di medan selera tempat kami makan itu.

Segeralah pandang, dan memang tak silap lagi lah memang Jep yang kini badannya agak sedikit menyusut. Pada mulanya nampak dia seperti datang seorang ke medan selera itu tetapi bila dia duduk sahaja dapat lihat dia bersama dengan seorang wanita di satu meja yang sama hanya berdua sahaja.

Dari jauh tidak perasan wajahnya kerana meja mereka berpaling dari meja. Tidak mengapalah kerana selepas itu terus tidak hairankan mereka kerana lapar sangat masa tu dan terus menghabiskan makanan ketika itu.

Namun dari jauh mereka kelihatan mesra sambil ketawa-ketawa ketika makan bersama. Wah nampak seperti pasangan kekasih pula bila lihat mereka berdua bermesra. Tapi tidak pastilah sama ada wanita itu kekasihnya atau teman kerana kalau teman biasa nampak lain macam sahaja.

Ketika hendak pulang kami pun berjalan pulang melaui sebelah meja mereka kerana ianya memang laluan untuk keluar dari medan selera itu. Sekali pandang wajah wanita itu seperti pernah melihatnya di dalam televisyen dan memang tak silap lagi dia memang seorang pelakon tetapi rasanya baru lagi dalam industri dan tidak dapat mengesan namanya.

Wah kali ini semakin percaya dengan khabar angin yang disampaikan selama ini. Yelah lihat Jep tidak habis-habis mengukirkan senyuman bahagia sahaja dengan wanita yang agak jelita itu. Untunglah Jep.

Apa-apa pun doakan agar segeralah Jep mendirikan rumahtangga dan pasti ramai peminatnya turut gembira melihat pelawak pujaan mereka bahagia.


Sumber : murai.com.my

Related Posts :

0 Response to "Jep Sepahtu Bercinta Dengan Pelakon Jelita?"

Catat Ulasan