Shah Alam – “Matilah saya cik kalau emak dan ayah tahu, saya tak terniat nak sepak anggota bertugas tapi terkena,” itu rayuan seorang remaja lelaki yang ditahan selepas merempuh sekatan jalan dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan di Persiaran Sultan, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 2 pagi itu, remaja lelaki itu dikatakan menendang seorang anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang bertugas semasa cuba melarikan diri.
Remaja terbabit yang juga pelajar sebuah kolej kemahiran di bandar raya ini, turut menangis teresak-esak kerana risau akan dibuang daripada kolej jika perkara itu diketahui.
Remaja itu yang dikenali sebagai Mohd, 18, berkata, dia cuba melarikan diri kerana tidak mempunyai lesen menunggang motosikal.
“Saya tidak tahu apa akan jadi kalau emak dan ayah di kampung tahu perkara ini,” katanya, lapor Hmetro.
Sekatan jalan raya itu dilakukan anggota dari Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bersama-sama bahagian Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor selain dibantu penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
0 Response to ""MATILAH KALAU MAK SAYA TAHU""
Catat Ulasan