Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Terjatuh Bumbung

Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun maut, selepas terjatuh dari bumbung berhampiran tangki air di Blok F1 Kuarters Polis Batalion 6, Pasukan Gerakan Am (PGA), Bakri di sini petang semalam.

Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Terjatuh Bumbung , info, terkini, berita, ngeri,


Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa Nurul Elies Natasha Abdul Aziz, maut selepas dipercayai bermain di kawasan tangki air di tingkat teratas bangunan kuarters sembilan tingkat itu, sebelum tergelincir lalu terjatuh ke permukaan simen di tingkat bawah bangunan sama.

Jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Zin itu sering bermain bersama rakannya di blok terbabit, walaupun mangsa tinggal di Blok F2 yang terletak bersebelahan dari lokasi kejadian.

sumber: BH Online

0 Response to "Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Terjatuh Bumbung"

Catat Ulasan