Mizz Nina Realisasikan Impian Buka Butik Madeena

Selepas berjaya mencuri perhatian ramai dengan jenama fesyennya di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur, penyanyi Mizz Nina terus mengembangkan sayapnya dengan pembukaan butik sulungnya, Madeena Boutique & Café.


Mizz Nina Realisasikan Impian Buka Butik Madeena, info, terkini, hiburan, Mizz Nina, Butik Madeena


Berlokasi di Heritage Lane, Empire Damansara, butik yang berkonsepkan industrial itu menyediakan pelbagai koleksi fesyen wanita muslimah moden yang trendy lagi bergaya selari dengan citarasa penyanyi berkenaan.

Di sinilah segala kreativiti Mizz Nina diabadikan sebagai hadiah tidak terhingga kepada pencinta fesyen dan tidak ketinggalan peminat yang sering menyokong dirinya terutama selepas dia mengambil keputusan untuk berhijab tidak lama dulu.

Mizz Nina Realisasikan Impian Buka Butik Madeena, info, terkini, hiburan, Mizz Nina, Butik Madeena


Majlis pelancaran rasmi Madeena Boutique & Café telah diadakan hujung minggu lalu yang telah dihadiri ramai peminat, pihak media dan tidak ketinggalan Ray Jazz, Datuk Sheila Majid serta anak perempuannya, Kayda.


Mizz Nina Realisasikan Impian Buka Butik Madeena, info, terkini, hiburan, Mizz Nina, Butik Madeena


Turut diadakan majlis pertunjukan fesyen koleksi terkini Madeena sebagai santapan hebat untuk para tetamu yang menghadiri majlis istimewa berkenaan.

Bukan sekadar persalinan jubah atau top longgar untuk penampilan muslimah serba sopan, butik istimewa itu nyata menjadi pelengkap kepada individu yang tercari-cari haruman memikat hati sama ada untuk golongan wanita mahupun lelaki.


Mizz Nina Realisasikan Impian Buka Butik Madeena, info, terkini, hiburan, Mizz Nina, Butik Madeena


Nikmati variasi haruman menawan untuk si jantung hati yang dijamin halal dan berkualiti tinggi.

Berkonsepkan butik kafe, Madeena juga merupakan lokasi terbaik untuk pelanggan menikmati pelbagai juadah dan kek lazat serta tidak ketinggalan menghilangkan dahaga sambil membeli-belah bersama-sama yang tercinta.


Mizz Nina Realisasikan Impian Buka Butik Madeena, info, terkini, hiburan, Mizz Nina, Butik Madeena


Dibuka setiap hari, Madeena Boutique & Café sedia menerima kunjungan tetamu yang mahukan sesuatu yang berbeza lagi istimewa.


Sumber : murai.com.my

Related Posts :

0 Response to "Mizz Nina Realisasikan Impian Buka Butik Madeena"

Catat Ulasan