Bukan suatu yang biasa buat dua penyanyi
senior, Ning Baizura dan Zainal abidin
apabila masing-masing saling berbalas-balas tindakan ketika membuat
persembahan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) hujung minggu lalu.
Difahamkan, Ning Baizura telah membalas tindakan Zainalabidin yang dikatakan sengaja melintas di atas pentas ketika diva Pop R&B itu sedang membuat persembahan ketika berlangsungya DFP Seni Festival 2014.
Kerana tindakan spontan Zainalabidin itu, penyanyi Ning Baizura juga telah membuat tindakan serupa apabila tibanya giliran penyanyi Hijau itu membuat persembahan tidak lama selepas itu.
Entah apa juga agenda yang cuba disampaikan oleh kedua-dua penyanyi berkenaan, itu pun kurang pasti.
Difahamkan juga, itu hanyalah tindakan jenaka yang dibuat oleh kedua-dua penyanyi berkenaan untuk persembahan masing-masing dalam mewujudkan sentuhan humor kepada peminat-peminat mereka.
Kejadian itu terjadi apabila Ning Baizura terpaksa mendendangkan satu lagu tambahan atas permintaan penonton yang memenuhi dewan DFP.
Pada hal hakikatnya, sudah tiba masanya untuk Zainal abidin membuat persembahan. Tetapi kerana itu Zainal abidin terpaksa membiarkan pentas itu diberikan kepada Ning Baizura buat sementara waktu.
Oleh kerana Ning Baizura disifatkan telah mencuri slot Zainal abidin, maka penyanyi lelaki berkaliber itu telah membuat satu jenaka spontan yang kemudiannya diikuti Ning Baizura pula apabila tiba masanya dia membuat persembahan.
Kelakar kan? Inilah ragam penyanyi-penyanyi senior kita.
Bagi Murai Batu, humor yang disampaikan Zainalabidin dan Ning Baizura memang menjadi dan telah membuatkan ramai penonton ceria dan tertawa.
Harapan Murai Batu agar pihak DFP dapat menggabungkan Ning Baizura dan Zainalabidin sekali lagi dalam satu konsert bersama-sama tidak lama lagi.
Apatah lagi, apa yang Murai Batu dengar persembahan Ning Baizura telah mendapat tepukan gemuruh dan ‘standing ovation’ daripada tetamu yang hadir ke konsert akustika berkenaan. Bravo...
Sumber : murai.com.my
0 Response to "Ning Baizura Balas Dendam Kerana Tindakan Zainal Abidin"
Catat Ulasan