Jika tidak kerana galakan suami tercinta, Yusry Abdul Halim, sudah tentu kerjaya Lisa Surihani masih di takuk lama dan tidak berkembang. Dia mungkin kekal selamanya berada di zon selesa tanpa mencuba melakukan sesuatu yang berbeza.
Atas dorongan dan kata-kata semangat yang diberikan inilah, pelakon berusia 28 tahun ini mencabar dirinya menerima tawaran berlakon filem terbaru KRU Studios berjudul Dendam Orang Mati arahan Jason Chong.
“Tawaran dibuat ketika saya hampir menghabiskan penggambaran filem Ular. Yusry dan Abang Long (Norman) berbincang untuk hasilkan filem seram. Mulanya saya menolak kerana tak berkenan untuk berlakon genre seram. Genre seram adalah suatu yang sangat jauh daripada sanubari saya. Bagaimanapun, Yusry bagi kata-kata semangat dan suruh saya cabar diri buat sesuatu yang agak berbeza.
“Apabila difikirkan dengan mendalam, ada benarnya juga kata-kata itu. Saya akhirnya bersetuju dengan syarat perlu menjalani bengkel lakonan bagi mendalami watak dan karakter yang dibawa,” katanya.
Lisa yang menjalani bengkel lakonan di bawah kendalian pelakon terkenal Fauziah Nawi berkata, dia perlu melakukan kelainan dalam kariernya dan tidak boleh sentiasa berada di zon selesa semata-mata.
Sumber : hmetro.com.my

Babak filem Dendam Orang Mati arahan Jason Chong.
Lisa yang menjalani bengkel lakonan di bawah kendalian pelakon terkenal Fauziah Nawi berkata, dia perlu melakukan kelainan dalam kariernya dan tidak boleh sentiasa berada di zon selesa semata-mata.
Sumber : hmetro.com.my
0 Response to "'Dendam Orang Mati' Cabar Lisa Surihani"
Catat Ulasan