Aksi di Surabaya mencerminkan pengendali Dollah Salleh, perlu berkerja lebih keras untuk melakukan 'kerja rumah' selepas menyaksikan anak buahnya tunduk 2-0 kepada Indonesia dalam perlawanan persahabatan. Melihat kepada aksi permainan di atas padang, para pemain kebangsaan dilihat belum mencapai persefahaman sebagai sebuah pasukan mantap yang diadun dengan pemain muda dan veteran.
Harimau Malaya mempersiakan peluang terbuka di depan pintu gol apabila sepakan Azamuddin Akil mengenai tiang gol pada minit ke-19 dan tindakan susulannya selepas itu turut melewati palang gol.
Amri Yahyah memenangi sepakan percuma yang kemudiannya di sepak tinggi Azmi Muslim.
Cubaan awal itu bagaimanapun tidak menggambarkan corak sebenar pasukan kebangsaan yang tidak kemas. Gandingan jentera tengah Shukor Adan dan Ahmad Ezrie Shafizie tidak begitu banyak mencipta peluang di bahagian hadapan. Indonesia pula semakin bersemangat untuk mengatur gerakan yang mula mengatur cubaan berbahaya, apatah lagi pemain Malaysia semakin kerap melakukan kesilapan hantaran.
Gawang Malaysia yang dikawal Azizon Abdul Kadir akhirnya dibolosi menerusi gol sendiri oleh Muslim Ahmad yang cuba mengeluarkan bola sepakan lintang.
Dalam usaha mencari gol penyamaan Pengendali negara, Dollah Salleh mula melakukan pertukaran pemain dengan mula memasukkan Safiq Rahim bagi menggantikan kapten pasukan, Shukor Adan dan Indraputra Mahayuddin menggantikan Azamuddin Akil.
Sebelum itu, R. Gopinathan telah dikeluarkan selepas 45 minit permainan untuk memberi laluan kepada S. Kunanlan.
Percaturan itu sedikit menghidupkan kawalan tengah, namun belum cukup untuk mengkucar-kacirkan bahagian pertahanan skuad Garuda yang diterajui Hamka Hamzah.
Pada minit ke-88, pintu gol Malaysia bocor buat kali kedua apabila Samsul Arif melakukan tandukan terbang tanpa dikawal sesiapa.
sumber : stadiumastro.com
0 Response to "PASUKAN DOLLAH SALLEH TIADA KESERASIAN DI INDONESIA"
Catat Ulasan