Berlangsungnya anugerah lawak paling berprestij di Malaysia iaitu Anugerah Lawak Warna 2014 (ALW 2014). Untuk makluman anda, Anugerah Lawak Warna 2014 berlangsung di Teater Selangor, Shah Alam.

Berdasarkan keputusan akhir, Jep Sepahtu dilihat berjaya mempertahankan popularitinya dua tahun berturut-turut sebagai Artis Lawak Lelaki Paling Popular. Begitu juga dengan Jasmin Hamid, Johara Pagi Era, Maharaja Lawak Mega dan Karoot Komedia yang berjaya mempertahankan kategori masing-masing.
Peminat pertikai kemenangan Sharifah Sakinah di Anugerah Lawak Warna 2014?
Namun begitu, kemenangan Sharifah Sakinah sebagai Artis Lawak Wanita Paling Popular agak mengejutkan kerana ramai yang meneka Jihan Muse akan diangkat sebagai pemenang. Jadi tidak hairanlah kalau kemenangan Sharifah Sakinah banyak dipertikaikan peminat. Berdasarkan tinjauan, begitu ramai yang mempertikaikan kemenangan Sakinah dan menganggap selebriti yang sering tampil dengan pelbagai kontroversi itu langsung tidak lawak dan tidak layak untuk menang.

Gambar antara petikan komen-komen mereka yang tidak berpuas hati dengan kemenangan Sharifah Sakinah:Apapun benda sudah diumumkan dan mungkin ramai lagi peminat Sakinah ada sebab tersendiri memilih aktres itu untuk kategori berkenaan. Dalam ramai-ramai yang mengkritik, boleh dilihat menerusi komen diatas ada juga yang mengganggap itu rezeki Sharifah Sakinah. Anda pula bagaimana?
Sumber : ammboi.com
Sumber : ammboi.com
0 Response to "Peminat Pertikai Kemenangan Sharifah Sakinah Di ALW 2014"
Catat Ulasan