Peserta AF2014 Dikritik Hebat?

Malam tadi konsert ke-3 Akademi Fantasia 2014 bertemakan ‘Hit Fantasia’. Tapi, kenapa terdengar-dengar persembahan mereka persis bintang-bintang AF ek?

#AF2014 : Stacy Sentap Juri Juara Didakwa Pekak?, info, terkini, hiburan, AF2014, Satcy, gosip,



Konsert dimulakan dengan persembahan Adel, okaylah, lagu rancak mungkin agak sukar untuk ditukar originality. Namun, kenapa nyanyian pelajar #AF2014 yang lain pun kedengaran seperti penyanyi asal? Apa sudah jadi?

#AF2014 : Stacy Sentap Juri Juara Didakwa Pekak?, info, terkini, hiburan, AF2014, Satcy, gosip,


Takkan pelajar-pelajar ni tak ambil iktibar dengan nasihat dan teguran yang diberikan oleh cikgu-cikgu mereka minggu lepas? Hmmm, saja bikin panas Mira ni. Hehehe.

Tak dinafikan, pelajar-pelajar ini mempunyai tone suara yang tersendiri, tetapi, kalau dah 3 minggu masih tak ada perkembangan yang memberangsangkan, macam mana dik oi.

Ingatkan kita sahaja yang rasa macam tu, maklumlah, kita ni jadi juri dari rumah je. Tapi, bila buka laman Twitter, haa, rupanya ada ramai lagi yang merasakan apa yang kita rasa. Tak percaya, tengok sendiri.

Namun, tak semuanya memberikan persembahan yang ‘ala-ala’ malam tadi. Ada juga beberapa pelajar yang harus diberikan pujian. Antaranya Firman, Ewal dan Nuha.

Tetapi, yang menentukan bukanlah juri , semuanya terletak pada anda. Kalau korang rasa bagus, maka baguslah iya, kalau tidak, pandai-pandailah.

Eh, eh, nanti dulu, dalam kecoh-kecoh orang mengkritik dan menyokong, satu tweet dari bekas juara AF, Stacy menarik perhatian. Macam marah je bunyinya. Ada kena mengena dengan lawak antara Zizan dan Datuk Ramli MS ke?

Ingatkan kecoh kononnya Ramli MS kata Juri Juara pekak. Tup tup, Stacy buat status. Hmm, malaslah nak buat spekulasi, korang nilai sendiri okay?



Apapun, diharap semua pelajar mengambil kritikan untuk memperbaiki mutu dan gaya persembahan.


Sumber : ohbulan.com

Related Posts :

0 Response to "Peserta AF2014 Dikritik Hebat?"

Catat Ulasan