iPhone 6 dan
iphone 6+ yang baru sahaja diumumkan
mendapat kecaman hebat dari pelbagai pihak. Rata-rata tidak senang apabila mengkaji spesifikasi yang dikatakan meniru selular lain.
Laman sesawang menjadi medan hangat perbincangan malah perbalahan. P
erbandingan mula dibuat terhadap model terbaharu Apple itu dengan peranti lain seperti OnePlus One dan Nexus 4, masing-masing dikeluarkan pada Jun 2014 dan November 2012.
Sistem resolusi, kebesaran skrin, struktur notifikasi, widgets dan banyak lagi
keistimewaan Nexus 4 dikatakan ditiru iPhone 6. Manakala OnePlus One pula dikhabar mampu menewaskan pesaing baharunya itu dari pelbagai sudut.
Tidak dinafikan
sistem operasi iOS dan Android terlibat dalam perbalahan siber sejak beberapa tahun lalu. Isu hangat ini bakal berputik sejurus iPhone 6 mula memasuki pasaran Malaysia dalam suku tahun terakhir ini.
Sumber : pejamkelip.blogspot.com
0 Response to "Punca Sebenar iPhone 6 Dikecam Hebat"
Catat Ulasan