Telah melayari bahtera rumah tangga selama dua
tahun bersama Yusry Abdul Halim ternyata kesibukan dalam tuntutan
tugas sebagai artis membuatkan pasangan ini terpaksa ‘berpisah’.
Sekurang-kurangnya buat ketika ini,
kata Lisa Surihani. Masakan tidak, kalau Yusry sibuk dengan kerja-kerja
produksinya, Lisa juga tidak menang tangan dengan aktiviti
seni.
Terbaru Lisa yang dipilih sebagai hos HBO Sentral dalam Bahasa Melayu sedang menjalani penggambaran filem muzikal, Sinaran arahan Osman Ali di Singapura.
“Saya memang agak sibuk ketika ini, memang agak sukar untuk berjumpa dengan Yusry kerana dia pun sibuk dengan urusan pasca produksi filem terbarunya, Cicakman 3.
“Kami berdua sibuk dengan tugasan masing-masing tapi saya tidak mahu mengeluh kerana industri ini adalah punca rezeki kami," ujarnya.
Namun Lisa memberitahu dia amat bertuah kerana mendapat suami yang bukan sahaja memahami tetapi juga amat mengambil berat terhadap dirinya.
“Alhamdulillah saya dapat suami yang memahami. Keluarga baginya adalah perkara yang perlu diutamakan walau sesibuk manapun keadaannya," jelas Lisa lagi.
Diusik perihal soal anak selepas dua tahun melayari alam rumah tangga, Lisa seolah-olah mengelak daripada menjawab persoalan tersebut.
Bukan kurang senang tetapi bagi dirinya adalah lebih baik bercerita tentang kisah kerjaya berbanding peribadi.
“Bukan tidak mahu menjawab tapi sudah cukup rasanya cerita-cerita ini dikeluarkan sebelum ini, banyak sangat cerita hal ini nanti orang akan bosan nanti.
Artikel Penuh : utusan.com.my
0 Response to "Punca Sebenar Lisa 'Berpisah' Dengan Yusry"
Catat Ulasan