Sami Buddha Bantu Menangkan Leicester City?


Sami Buddha Bantu Menangkan Leicester City? , info, terkini, berita sukan, Bola sepak, Leicester City


Beberapa sami buddha dilihat berada di bilik persalinan Leicester City sebelum pasukan itu memalukan Manchester United, Ahad lalu.

Laporan terbaru ini mungkin memberi sedikit jawapan kepada ‘keajaiban’ kelab Leicester City memalukan Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris Ahad lalu.

Menurut media British, sebelum perlawanan bermula pemain kelab itu mendapat restu daripada sami Buddha di bilik persalinan.

Pemilik kelab Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha, menerbangkan sekumpulan sami Buddha dari negara asalnya, Thailand khusus untuk mendapatkan bantuan ‘tangan ghaib’ bagi mengatasi lawan.

Sami Buddha Bantu Menangkan Leicester City? , info, terkini, berita sukan, Bola sepak, Leicester City

Sumber berkata, kejadian Ahad lalu itu bukanlah yang pertama kali kerana Vichai sudah mengimport sami tersebut beberapa kali sebelum ini.

berita sukan, bola sepak, info, Leicester City, Sami Buddha Bantu Menangkan Leicester City?, terkini,


Ia mungkin dapat memberi sedikit pencerahan kepada prestasi membanggakan anak buah Nigel Pearson setakat ini.


Ketika menentang MU di Stadium King Power, Leicester City mengaibkan kelab elit itu 5 -3 walaupun pada suatu ketika tertinggal 1- 3.

Kemenangan itu membawa Leicester ke kedudukan kelapan liga.

Dua perlawanan sebelumnya juga menunjukkan kelab milik Vichai tidak tercicir mata kerana seri dengan Arsenal dan Everton.

Sementara itu seorang daripada penjaring gol dalam perlawanan menentang MU, David Nugent berkata, dia berharap dapat melihat kehadiran sami itu lebih kerap pada masa depan.


Sumber : mstar.com.my

Related Posts :

0 Response to "Sami Buddha Bantu Menangkan Leicester City?"

Catat Ulasan