Shah Jaszle mungkir janji hadir sesi fotografi

Belum lagi reda dengan kes khalwatnya, pelakon Shah Jaszle kembali menjadi bualan hangat apabila dia tidak hadir pada satu sesi fotografi yang telah diaturkan oleh Media Hiburan.


Shah Jaszle mungkir janji hadir sesi fotografi, info, terkini, hiburan, pelakon kontroversi, shah jazle, sensasi, gosip,


Menurut laporan dari Media Hiburan, mengikut perancangan muka depan majalah tersebut akan menggandingkan aktres jelita Amyra Rosli dan Shahrizal Jaszle, namun di saat akhir aktor itu tidak hadir.

Tarikh sesi fotografi telah ditetapkan pada 18 September lalu dengan dipersetujui oleh adik Shah yang juga merupakan pengurusnya, Syahid.

Pada 15 September pihak media itu kemudianya menghantar mesej sebagai peringatan menerusi aplikasi Whatsapp dan jawapan yang diberi adalah positif kerana Syahid menghantar semula 'details' sesi fotografi yang diberikan sebelum ini sebagai tanda dia sedia maklum.

Bagaimanapun pada hari sesi fotografi pihak media yang menghubungi Syahid tidak mendapat dihubungi dan mereka terpaksa meneruskan sesi fotografi Amyra Rosli seorang sahaja.

Sumber : tupai.com.my

0 Response to "Shah Jaszle mungkir janji hadir sesi fotografi"

Catat Ulasan