Minggu ini nyata industri hiburan kita telah didominasi oleh kontroversi penyanyi Shila Amzah yang telah menyindir media melayu di Malaysia yang dikatakan tidak membuat liputan terhadap konsertnya baru-baru ini.
Dalam status laman sosial Shila Amzah, penyanyi itu turut menulis yang rata-rata media Malaysia hanya berminat dengan cerita gosip.
Keadaan bertambah rumit apabila pihak media kemudiannya membuat kenyataan yang kebanyakan mereka tidak dijemput untuk membuat liputan terhadap konsert tersebut.
Malah isu bertambah panas apabila timbul dakwaan kononnya konsert Shila Amzah itu telah ditaja oleh sebuah syarikat perjudian terkenal di Malaysia.
Bapa kepada Shila Amzah, ND Lala yang kini berada di Beijing, China dikatakan sedang berusaha mencari tarikh terdekat untuk pulang ke Malaysia bagi memenuhi permintaan rakan media yang mahu mendapat maklum balas daripada mereka berhubung kemelut konsert.
Dalam pada itu juga, menerusi laman Instagram salah seorang peminat Shila, penyanyi itu telah menafikan yang konsertnya telah ditaja syarikat judi.

Peminat Shila menerusi laman Instagram tersebut telah menulis seperti berikut:
Dan penyanyi itu menerusi ruangan komennya telah membalas seperti di bawah:
Tidak dapat dipastikan kebenaran akaun ini kerana selepas diselidik, akaun ini seperti baru sahaja diwujudkan dan hanya mempunyai satu post.
Apa-apa pun, kita hanya mampu menunggu sehingga ND Lala pulang dan berdepan dengan media untuk menyelesaikan kemelut ini.

Sumber : murai.com.my
0 Response to "Shila Amzah Menafikan Konsert Ditaja Syarikat Perjudian"
Catat Ulasan