Tasha Manshahar & Syed Syamim Akui Ada Chemistry Bersama

Pasangan duet, Tasha Manshahar dan Syed Syamim yang mula popular di laman YouTube menerusi lagu-lagu ‘cover’ mereka akui mahu terus bergerak bersama sebagai rakan duet selepas merasakan ada keserasian dalam menyampaikan lagu berdua.


Tasha Manshahar & Syed Syamim Akui Ada Chemistry Bersama, hiburan, info, terkini,


Namun Tasha berkata keserasian itu hanya timbul ketika mereka mencipta dan menyanyikan lagu bersama sahaja dan tidak lebih daripada hubungan sebagai seorang kawan.

“Sebenarnya kami kenal kerana sama-sama belajar di Institut Perguruan. Saya merupakan senior kepada Syed. Saya mengambil jurusan Bahasa Inggeris manakala Syed mengambil jurusan muzik. Selalunya Saya akan ke studio muzik di kampus untuk berlatih bermain alat muzik, jamming dan sebagainya.

“Di situ Tasha berkenalan dengan Syed Syamim dan kami cuba berlatih bersama dan dari situlah tercetusnya idea untuk membuat lagu-lagu saduran artis-artis ternama. Kami mahu terus menjadi rakan duet kerana saya dapat rasakan kami ada chemistry,” katanya kepada murai.com.my.

Pasangan duet ini ditemui selepas pelancaran album mereka yang berjudul Our Song yang berlangsung di Hard Rock Café, semalam.

Mengulas lanjut mengenai album tersebut, Syed Syamim memberitahu album itu bukan sahaja memuatkan lagu-lagu duet mereka serta lagu-lagu solo masing-masing.

“Setelah berjaya tampil dengan 4 buah single, kami rasa sudah tiba masanya kami muncul dengan sebuah album. Namun album ini tetap akan menampilkan single tersebut bersama 4 lagu baru.

“Menariknya dalam album ini saya dan Tasha ada menyanyi sebuah lagu solo lain untuk memberi kelainan kepada pendengar,” jelasnya lagi.



Sumber : murai.com.my

Related Posts :

0 Response to "Tasha Manshahar & Syed Syamim Akui Ada Chemistry Bersama"

Catat Ulasan