Setelah selesai “menelaah” interior Proton Iriz dalam artikel lepas, mari kita ubah kepada tajuk lain, yang lebih ingin diketahui ramai. Setelah pembangunan 4 tahun dan “teaser” tanpa henti oleh Proton, kini rakyat Malaysia tiba kepada antara persoalan terpenting, iaitu “Berapakah harga Proton Iriz?”. Di bawah, kami kumpulkan data mengenai setiap varian yang ada, berserta harganya (yang tidak rasmi).
Nota : Ini merupakan harga Proton Iriz tidak rasmi, hanya dipos ke FB
Proton Iriz dibawakan dalam 3 barisan trim, yang terdiri daripada trim Standard, Executive, dan Premium, dalam 8 varian kesemuanya.
Premium

Semua imej yang dikeluarkan oleh Proton setakat ini adalah daripada varian tertinggi, iaitu 1.6 Premium. Berikut merupakan ciri-ciri trim Premium.
- Dipasangkan LED daytime running lights
- Bodykit 2 tona
- Rim bintang 15 inci dengan tayar 195/55 R15
- Spoiler belakang empat segi yang besar
- Dipasangkan pengelap aeroblade. Proton Iriz merupakan kereta Proton pertama yang dipasangkan pengelap aeroblade.
- Harga : RM54,800 (1.6 CVT Solid) hingga RM55,300 (1.6 CVT Metallic)
Seperti biasa, makin rendah trimnya, makin banyaklah hilang fungsi yang diwarwarkan selama ini. Senarai berikut merupakan apa yang ada dan tiada dalam trim Executive ini.
- Tiada Daytime running lights, di mana slotnya digantikan dengan “insert” bumper yang direka kemas (sila lihat gambar di atas)
- LED pada trim Premium juga bertindak sebagai lampu kedudukan (positioning lights). Pada model Executive dan Standard, lampu kecil ini dipindahkan ke dalam lampu depan utama, diletakkan ke dalam jalur hitam di bawah lampu pengulang isyarat (signal repeater).
- Dipasangkan bodykit sama, bahagian bawah dibiarkan tidak bercat ( plastik kelabu gelap) berbanding warna kelabu cair pada trim Premium.
- Jeriji adalah perak, bukan krom seperti apa yang ada pada trim Premium
- Roda lebih kecil (14-inchi), dengan reka bentuk enam spoke, dan tayar 175 /65 R14.
- Spoiler lebih berbentuk bulat, tidak bersegi seperti trim Premium
- Kemasukan tanpa kunci (keyless entry) dikekalkan
- Kerusi kulit dikekalkan
- Skrin sesentuh dengan kamera undur dikekalkan
- Harga : RM42,800 (1.3 Manual Solid) hingga RM51,300 (1.6 CVT Metallic)
Standard
Apa yang tinggal pada trim standard?
- Tiada mendapat bodykit
- Peresap belakang ditukar kepada insert bumper yang berbentuk kurang agresif.
- Cermin sisi (side mirror) dan pemegang pintu dibiarkan tidak bercat
- Tiada spoiler belakang dan pengelap belakang
- Dari segi roda pula, Proton masih belum memutuskan sama ada menggunakan rim besi dengan penutup roda plastik, atau pun kekalkan sahaja rim aloi trim Executive
- Kerusi fabrik
- Tiada kemasukan tanpa kunci (keyless entry), hanya remote konvensional
- Tiada skrin sesentuh dengan kamera undur, diganti dengan pemain “double-DIN” biasa
Sumber : Paultan
0 Response to "VARIANT & HARGA PROTON IRIZ"
Catat Ulasan