1. Momen paling kelakar
Kalau tengok Running Man, episode yang paling kelakar bagi kami adalah episode 52 Running Man Hunter dan episode 69 Grasshopper Hunt. Perghh, memang terbaiklah!
Mana taknya, dalam episod ini, Choi Min Soo menjadi jemputan untuk RM dan ditugaskan untuk membunuh kesemua peserta. Haa, kelam kabut semua.
Paling best, tengok sparta Jong Kook yang dengan rela disingkirkan walaupun sebelum ini, dia lah yang selalu menyingkir orang lain.
2. Babak romantis paling natural
Ni paling tak boleh blah sekali. Babak paling romantis tapi mencuit hati. Ingat lagi tak RM episod 163? Masa ni peminat Gary mesti rasa jantung macam nak berhenti kan?
Mana taknya, Gary cium Ji Hyo tau. Semua peserta RM tak boleh terima saat-saat tu. Tapi nak hairan kenapa pula kan, Gary dan Ji Hyo kan Monday Couple. Lagi pun memang banyak sebenarnya momen romantis antara mereka berdua ni.
3. Song Ji Hyo – Gadis blur yang super awesome!
Satu-satunya wanita dalam RM ni. Paling blur dan cool serta awesome. Selalu jugak menang cabaran tau! Tapi kadang-kadang, kalau datang jahat diam, boleh menjadi pembuli nombor satu.
4. Kwang Soo dan perangainya yang sengal
Kalau korang nak tahu, Kwang Soo ini boleh dikatakan macam duri dalam daging. Amboi, serius sangat bunyinya kan?
Sebenarnya, dia ini lah yang selalu menghancurkan harapan dan rancangan orang lain. Tapi paling kelakar, Kwang Soo ni dia paling tak pandai cover line. Apabila jadi pengintip je mesti orang dapat syak.
5. Setiap kali live, penonton jadi gila!
Running Man ini boleh juga dianggap sebagai penyatuan masyarakat berbilang bangsa. Kalau korang tak percaya, tengok lah sendiri sambutan RM di setiap persembahan live yang mereka adakan.
Tak kira dimana pun, mesti mendapat sambutan beribu-ribu peminat. Di Thailand ke, Hong Kong ke, Malaysia tak usah cakaplah. Memang berlambak-lambak K-Popers yang tunggu kedatangan mereka ni.
Iya lah, peserta RM semuanya spontan, tak ada cover-cover okay! Ada pelbagai muslihat, kejutan dan aktiviti mengarut yang ditonjolkan dalam setiap episod. Sebab itu lah semua sayang bintang RM ni.
Jadi anda tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk tengok sendiri idola RM yang bakal datang ke Malaysia untuk bertemu dengan para peminat pada 1 November 2014.
Sumber : ohbulan.com
0 Response to "5 Sebab Kenapa Running Man Sangat Addictive"
Catat Ulasan