8 Sebab Kenapa Sony Xperia Z3 Dan Z3 Compact Bakal Menjadi Telefon Pintar Pilihan

8 Sebab Kenapa Sony Xperia Z3 Dan Z3 Compact Bakal Menjadi Telefon Pintar Pilihan Anda Selepas Ini

1. Senipis 7.3mm, rekaan dengan bingkai aluminium

Sony Xperia Z3, Sony Xperia Z3 Compact, Gadget, Telefon Pintar, Smartphone, sensasi,teknologi, info, terkini

Dengan sisi (bingkai) peranti ini senipis 7.3mm diperbuat dari bahan aluminium, anda akan dapat merasakan ianya lebih premium berbanding versi sebelum ini dan ianya sedap untuk dipegang serta lebih ergonomik. Dengan berat 152g untuk Z3 dan 129g untuk Z3 Compact, rekabentuk kedua dua peranti ini rasa lebih selesa di tangan anda.

2. Kecil dan kompak tanpa kompromi ke atas prestasi

Sony Xperia Z3, Sony Xperia Z3 Compact, Gadget, Telefon Pintar, Smartphone, sensasi,teknologi, info, terkini

Ini mungkin unik kepada Z3 Compact namun kami kagum dengan keupayaan Sony untuk muatkan spesifikasi sama dari Z3 untuk peranti lebih kecil ini. Semua yang anda mahukan pada Xperia Z3 ada pada Z3 Compact  tiada kompromi.

3. Pertama Dengan Sokongan PS4 Remote Play

Sony Xperia Z3, Sony Xperia Z3 Compact, Gadget, Telefon Pintar, Smartphone, sensasi,teknologi, info, terkini

Ini satu revolusi dalam dunia permainan video oleh Sony apabila siri Xperia Z3 dilengkapi dengan Remote Play yang mana membolehkan anda bermain permainan PlayStation 4 di peranti anda jika televisyen digunakan untuk perkara lain (menonton drama Korea contohnya).

4. Kalis Air & Debu Dengan Kelas Tertinggi

Sony Xperia Z3, Sony Xperia Z3 Compact, Gadget, Telefon Pintar, Smartphone, sensasi,teknologi, info, terkini


Melihat kepada rekaan kedua dua peranti ini, sukar untuk bayangkan bagaimana ianya boleh capai penarafan kalis air tertinggi IP65/68 tanpa mengorbankan astetik rekaan yang minimal. Rasa ianya seperti silap mata pun ada.

5. Jangka Hayat Bateri Sehingga 2 Hari

Sony Xperia Z3, Sony Xperia Z3 Compact, Gadget, Telefon Pintar, Smartphone, sensasi,teknologi, info, terkini

Ada laporan mengatakan ianya mampu bertahan sehingga tiga hari namun siri Xperia Z3 memang tidak mengecewakan dalam aspek jangka hayat bateri. 

Ucapkan selamat tinggal kepada kabel anda sepanjang hari di luar dengan teknologi penggunaan bateri penuh jimat Z3.

6. Kamera 20.7MP dengan ISO 12800

Sony Xperia Z3, Sony Xperia Z3 Compact, Gadget, Telefon Pintar, Smartphone, sensasi,teknologi, info, terkini

Walaupun masih mengekalkan kamera dengan 20.7MP dari versi sebelum ini, Sony berjaya berikan sesuatu yang lebih bernilai untuk siri Xperia Z3 iaitu kemampuan ISO 12800 yang tertinggi dalam mana mana telefon pintar bermakna anda akan dapat mengambil gambar lebih cerah dan juga menarik dalam suasana cahaya yang malap.

7. Sokongan Audio Berkualiti Tinggi

Sony Xperia Z3, Sony Xperia Z3 Compact, Gadget, Telefon Pintar, Smartphone, sensasi,teknologi, info, terkini

Seperti kebanyakkan orang ketika ini, telefon pintar mereka merupakan pemain audio utama dan sedar akan hal ini Sony menampilkan sokongan audio berkualiti tinggi dalam siri Xperia Z3 untuk anda nikmati lagu kegemaran anda dalam kualiti menghampiri studio. Ya!

8. Paparan TRILUMINOS berdefinisi tinggi

Sony Xperia Z3, Sony Xperia Z3 Compact, Gadget, Telefon Pintar, Smartphone, sensasi,teknologi, info, terkini

Dengan skrin bersaiz 5.2 inci untuk Z3 dan 4.6 inci untuk Z3 Compact, paparan TRILUMINOS pada kedua dua peranti ini berdefinisi tinggi (1080p & 720p masing masing) berserta teknologi Live Colour LED yang X-Reality yang membolehkan anda melihat paparan skrin lebih jelas walaupun dalam cahaya siang yang terang.

Xperia Z3 & Xperia Z3 Compact boleh didapati di Malaysia kini berharga RM2,399 dan RM1,899.
Jadi, mana satu kelebihan Xperia Z3 dan Xperia Z3 Compact di atas yang paling anda minati dan tinggalkan pendapat anda di ruangan komen.


Sumber : rotikaya.com

Related Posts :

0 Response to "8 Sebab Kenapa Sony Xperia Z3 Dan Z3 Compact Bakal Menjadi Telefon Pintar Pilihan"

Catat Ulasan