Adira masih belum tahu kahwin atau tidak?

Penyanyi jelita Adira menafikan dakwaan kononnya dia dan kekasihnya, Shahrul Nasrun Kamarudin sudah menetapkan tarikh perkahwinan kerana menurut Adira, mereka masih belum berbincang mengenai perkara tersebut.


Adira masih belum tahu kahwin atau tidak, info, terkini, hiburan, sensasi, adira af,



"Buat masa sekarang perancangan untuk berkahwin itu masih kabur namun sekiranya kami sudah menetapkan tarikh, InsyaAllah saya akan beritahu kepada semua," jelasnya kepada mStar.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 23 tahun itu turut menyuarakan rasa kesalnya apabila terdapat pihak yang cuba melemparkan tohmahan yang mengatakan dia bertudung kerana mahu berkahwin.

"Pendapat itu tidak benar sama sekali kerana apa yang saya lakukan ini bukan kerana orang lain tetapi untuk kebaikan diri sendiri."

Pada masa sama, Adira turut berasa bersyukur apabila rezekinya semakin murah dengan pelbagai undangan dan projek.

"Alhamdulillah tiada sebarang masalah, malah rezeki semakin bertambah-tambah. Itulah orang kata jika kita buat sesuatu yang baik pasti akan dibalas dengan perkara sama."


Sumber : tupai.com.my

0 Response to "Adira masih belum tahu kahwin atau tidak?"

Catat Ulasan