Aril AF7 Makin Tenggelam?

Penyanyi Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus,29, nafi selama ini namanya dalam industri semakin tenggelam.


Aril AF7 Makin Tenggelam?, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi, Aril AF7

Sebaliknya Aril yang juga merupakan Naib Juara Akademi Fantasia 7 (AF7) itu berkata dia mengambil masa lebih lurang 5 tahun untuk muncul dengan sebuah album pertama adalah kerana masa itu digunakan untuk menjelajah bakat yang ada.

"Bermula pada tahun 2009 saya muncul sebagai naib juara AF7 hingga sekarang sebenarnya banyak perubahan dan perkembangan yang baik yang saya lihat terhadap diri saya.

"Sepanjang itu banyak percubaan serta perkara yang saya lakukan dalam bidang seni ini iaitu bukan sahaja menyanyi, termasuk juga bidang lakonan, pengacaraan sehinggalah penyampai radio.

"Jadi selama ini saya sebenarnya cuba explore dan uji kebolehan dan bakat yang saua ada, bukan tenggelam begitu sahaja walapun saya tidak menghasilkan album.

"Malah sebelum ni saya banyak hasilkan single kerana pasa saya orang lebih gemar dengar single by single daripada hendak membeli album.

"Cuma baru kini saya rasa sudah tiba masanya untuk saya satukannya dalam satu album," katanya yang ditemui selepas majlis Pelancaran dan showcase album sulungnya berjudul Aril di restoran No Black Tie siang tadi.

Dalam majlis itu Aril turut menyampaikan 5 buah lagu daripada albumnya.

Album Aril telah memuatkan 9 buah lagu keseluruhannya iaitu Cari Aku, Menggeletar, Bangkit, Kembali Senyum, Ganjil, Bintang & Kelompang, Anugerah Terindah, Tulus dan Menatap Matamu.

Mengulas mengenai album barunya edara Warner Music Malaysia itu Aril berkata semua lagu yang terdapat di dalamnya berkisar dengan kisah dan perjalanan hidupnya.

"Saya boleh katakan semua lagu ini sedikit sebanyak punya cerita dan berkait dalam hidup saya termasuk keluarga, isteri dan rakan-rakan saya.

"Paling istimewa saya menyanyikan kembali lagu arwah abang saya iaitu Izwan Pilus berjudul Kembali Senyum dengan cara saya dan arrangement baru dari AG Coco," luahnya lagi.

Aril yang baru sahaja meninggalkan stesen radio Era FM sebagai penyampai radio baru-baru ini akui kini fokusnya adalah bidang nyanyian dan akan mengutamakan bidang itu selain perkara lain.



Sumber : murai.com.my

0 Response to "Aril AF7 Makin Tenggelam?"

Catat Ulasan